Tetoh Muna
Ia.Tu permulaan cerita.Aku pernah nazak beberapa kali.Aku pernah rasa hendak mati.Percaya x?Alhamdulillah..sujud syukur padaMu ya Rabb.Aku pun xpercaya yang aku masih hidup saat ini.Masih menulis di sini.
Pelik bin ajaib.Tapi tiada yang mustahil di bawah kuasa tuhan yg Esa.Aku sakit.Bukan sakit biasa.Kalau dulu di blog aku yang lama pernah aku ceritakan tentang aku hampir lumpuh separuh badan.Diserang penyakit yang autoimmune disease katanya.Tangan dan kaki mengeras macam batu.Berapa byk hospital dan klinik pakar aku jelajah kt Mesir waktu tu.Semua menggeleng kepala.Tanda pelik.Siap ambil skin biopsy utk kajian.Tapi hasilnya tetap unknown.Aku hanya mampu berserah pada Allah je waktu itu.Tubuhku makin lemah.Sampai di suatu saat salah seorang lecturerku bertanya,
" Muna,How can you be a dentist with this useless hand?You have to use it a lot in your practical year."
Aku..terkedu seribu bahasa.Baru sedar.Aku kena buat sesuatu.Kadang2 aku salahkan diri aku sendiri kerana terlalu ambitious.Tinggi sangat cita2.Tapi salahkah aku befikiran begitu.Dan arwah nenek aku namakan Muna,yakni harapan,keinginan,cita2..x.aku xsalahkan arwah nenek.Aku suka.Aku suka nama ni.Tapi aku tetap berkeras nak jadi dentist.Tu cita2 aku dari kecik kut.Dan waktu itu,aku berseorangan di Mesir.Hanya sahabat setia menemani sakit.Tapi aku bukan jenis yg suka menyusahkan orang.Berbekalkan tongkat kayu yang aku jumpa di tepi jalan aku gagahkan diri utk terus berjalan ke kuliah.Dan aku berjaya :)
Aku xpernah bgtau mak ayah aku tentang situasi ni.Sehinggalah aku sakit teruk.Balik Malaysia berkerusi roda.Teringat lagi saat itu.Siapa xsedih anak sulong harapan keluarga yang awalnya dihantar ke Mesir sihat walafiat tiba2 balik ke tanah air setelah 2 tahun berkeadaan teruk macam ni.Dan ayah aku habis usaha dan tenaga utk berubatkan aku di hospital2 pakar .Tetap tidak sembuh.Tapi aku kuatkan diri utk meyakinkan mak ayah yang aku boleh lagi meneruskan pelajaran.Berat hati mak ayah aku untuk melepaskan aku pergi seorang diri.Tapi apakan daya,puas aku memujuk mereka bahawa aku boleh.Aku nak belajar lagi.
Dan,aku kembali berjuang lagi di Mesir.Selepas saat itu,hidup aku mula berubah..aku disihir??...ya Allah..
Ikuti sambungannya..